Thursday, 17 November 2011

Public speaking

Tips pemilihan pakaian
~Segi empat bujur
Wanita ini mempunyai garis pinggan yang kecil atau tiada langsung.  Bergantung kepada berat badan atau ketinggian masing - masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaia vest, jaket atau fabrik lembut untuk pakaian bahagian atas
~Berlian (Diamond shape)
Bentuk berlian dikategorika untuk wanita yang mempunyai perut atau pinggul yang
Agak besar daripada bahagian dadanya.  Untuk menampakkan bentuk badan seakan  kurus perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap atau gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.
~Bujut telur (Rounded shape)
Mereka yang mempunyai bentuk badan bujur telur perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana.  Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun memakai aksesori yang berwarna-warni untuk mengalih perhatian.
~ Hourglass
Bentuk Hourglass diandaikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. Sementara ukuran pinggangnya lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) lebih kecil daripada dada atau pinggulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa saja pakaian. Membeli-belah cukup mudah untuk mereka.
~ Segi tiga terbalik (Inverted triangle shape)
Bentuk badan seperti ini juga yang kedua paling diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah.
Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A, tekstur yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. Atau meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan blaus berkolar luas, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.
~ Segi tiga (Buah pir/Triangle shape)
Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai pakaian untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.



                

No comments:

Post a Comment